Mulai 24 Mei – 10 Jun, satu acara dinamakan Vivid Sydney sedang berlangsung di Sydney Australia. Semasa acara ini berlangsung, Sydney Opera House akan dipancarkan dengan pelbagai lampu yang sangat cantik dan berwarna warni dan kesan bunyi. Proses pencahayaan ini semua dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Sydney, Spinifex Group yang juga bertanggungjawab dalam persembahan cahaya sewaktu Olimpik Beijing pada tahun 2012 yang lalu. Jom kita tengok hasil pancaran cahaya yang sangat cantik ini.
Macam mana cantikkan? Satu soalan, antara tengok persembahan cahaya ni dengan tengok bunga api mana lagi menarik dan seronok untuk ditonton? Dari segi kos kami tak pasti tapi kedua-duanya pasti menelan belanja yang agak besar juga rasanya.
sumber: mymodernmet