Telefon bimbit dah menjadi satu medium komunikasi yang sangat popular masa kini. Di Malaysia sahaja dijangka terdapat lebih 37 juta pengguna telefon bimbit berdasarkan statistik yang dikeluarkan SKMM pada April 2012. Jadi menara-menara telefon ini sangat perlu untuk memastikan liputan servis telco dapat digunakan secara menyeluruh. Oleh kerana banyak sangat menara yang wujud, mereka menukarkan menara berkenaan dan menyamarkan ia menjadi seperti pokok untuk tidak mencacatkan pemandangan alam semulajadi yang indah.
Dekat Malaysia rasanya tiada menara yang buat teknik penyamaran macam ni kan? Mungkin orang Malaysia suka tengok menara tu semua tak payah susah payah nak menyamar bagai hehe.
sumber: amusingplanet